ske bila di puji suami bile isteri masak untuknya...2la kebarangkalian perut lelaki lebih membesar berbanding perempuan setelah berkahwin.bahgia katakan.hehehhehe...
ermm...tp nak masak resepi ape ekkk???
di sini saya ingin berkongsi masakan yang besh2 untuk dicuba....sila lihat di bawah......
BEGEDEL KENTANG DAN DAGING
Bahan-bahan:
300 gram kentang
100 gram daging kisar
¼ sudu teh lada sulah
½ sudu teh serbuk buah pala
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh jintan manis
Setangkai daun sup - hiris
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk goreng terendam
Bahan salut:
2 biji telur - pukul
Cara Penyediaan:
Rebus kentang hingga empuk. Setelah sejuk, kupas kulitnya dan lenyek hingga halus.
Campurkan kentang yang telah ilenyek dengan daging kisar, lada sulah, serbuk buah pala, jintan putih, jintan manis, daun sup dan garam ke dalam mangkuk. Gaul hingga rata.
Panaskan minyak dalam kuali.
Bulat-bulat dan leperkan adunan kentang tadi, celup dalam telur dan goreng hingga masak.
Sedia untuk dihidangkan. Sesuai dimakan dengan soto, mihun sup atau bersama hidangan nasi.
Bahan-bahan:
Bahan untuk telur-
3 biji telur
3 sudu makan daging kisar
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk goreng telur
Bahan untuk Sos-
2 ulas bawang merah, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
1 cm halia. dimayang
1 batang lada merah, dihiris halus
½ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
¼ cawan sos tiram
1 kiub ayam
2 batang jagung muda, dipotong serong
Sedikit bunga kobis, potong kecil
Sedikit lobak merah, potong nipis
1 biji tomato, dibelah 8
1 sudu makan tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit daun sup dan daun bawang, dihiris
Cara penyediaan:
Masukkan telur, daging cincang dan garam dalam mangkuk. Pukul hingga mesra.
Panaskan minyak, goreng bancuhan telur seperti masak telur dadar. Angkat dan ketepikan
Untuk sos:
Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada merah sehingga naik bau. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kiub ayam. Kacau sehingga mesra.
Masukkan jagung muda, bunga kobis dan lobak merah. Kacau hingga mesra.
Masukkan sedikit air. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan tomato, kacau sosnya sehingga sayur-sayuran masak.
Tuang sos diatas telur yang telah didadar tadi. Tabur dengan daun sup/ daun bawang.
Enak dihidangkan panas-panas dengan nasi putih atau nasi goreng cina.
TOMYAM AYAM
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - bersihkan dan potong kecil-kecil
6 cawan air
1 sudu teh garam
3 akar ketumbar - ditumbuk
2 batang serai - dititik dan dipotong
10 tangkai cili akar - belah 2, buang biji jika tidak mahu pedas
6 helai daun limau purut - dicarik-carik
2 camca besar pes cili
3 camca besar sos ikan
3 camca besar jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar - dicincang kasar
3 helai daun pudina - dihiris serong
Cara Penyediaan :
Masukkan ayam, air dan garam ke dalam periuk. Panaskan hingga mendidih. Biarkan mereneh sehingga ayam empuk.
Masukkan semua bahan yang lain kecuali daun ketumbar dan daun pudina. Masak selama 3-4 minit. Tutup api.
Tabur daun ketumbar dan daun pudina sebelum dihidang.
AYAM MASAK TOMATO
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
30 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
2 bawang besar – hiris bulat-bulat
2 biji buah tomato
1 cawan tomato sos
1 sudu makan gula
5 cm halia n 1 bunga lawang
2 cm kayu manis
½ cawan mnyak masak
2 cawan santan pekat dari sebiji kelapa
2 cawan kacang peas
3 cengkih
2 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
Cara penyediaan:
1. Bersihkan ayam dan potong kecil. Toskan dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak untuk goreng ayam. Goreng ayam hingga garing.
3. Tumbuk/kisar cili kering hingga halus. Tumbuk kasar bawang merah dan halia.
4. Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar/tumbuk bersama cengkih dan bunga lawang.
5. Masukkan santan dan masak hingga mereneh.
6. Masukkan tomato sos, gula, garam dan kayu manis. Kacau selalu.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng, gaul rata dan biarkan mereneh selama 5 minit.
8. Masukkan bawang besar, tomato dan kacang peas.
9. Balik-balikkan ayam hingga sebati dengan kuah merah. Tutup api.
10. Hidangkan dengan nasi.
SUP BEBOLA IKAN
Bahan-bahan:
300 gm ikan tenggiri
1 sudu teh tepung ubi
1 ½ sudu the garam
150 gm sawi
10 jalur so hoon
1 sudu teh jeruk kobis
4 sudu makan minyak masak
2 ulas bawang putih — cincang
5 cm halia — hiris
1 sudu makan kicap
Serbuk lada sulah secukup rasa
Cara Penyediaan:
Siang ikan dan bersihkan. Ambil daging ikan sahaja dengan memotongnya secara melintang pada kedua-dua belah bahagian. Cincang daging ikan dengan pisau tajam.
Tambahkan tepung ubi, garam dan 4-5 sudu air pada daging ikan. Ramas hingga membentuk paste lembut yang melekit.
Basahkan tangan dan bentukkan paste menjadi bebola ikan. Celup setiap bebola di dalam air garam dan letakkan di atas pinggan. Ketepikan.
Basuh sawi dan potong 5 cm panjang. Basuh jeruk kobis dan rendam so hoon. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng bawang putih hingga menjadi warna coklat keemasan. Angkat dan ketepikan.
Untuk buat sup, panaskan sedikit minya, goreng halia hingga menjadi warna coklat cair, dan masukkan lebihan kulit dan tulang ikan. Goreng selama 2 minit. Masukkan 4 cawan air dan ½ sudu teh garam. Renehkan selama ½ jam.
Tapis kuah sup ke dalam periuk lain. Panaskan. Masukkan bebola ikan yang telah dibuat tadi.
Setelah mendidih, masukkan sawi, so hoon dan jeruk kobis. Biarkan mendidih seklai lagi.
Tutup api, masukkan kicap, garam dan lada sulah secukup rasa.
Hidangkan panas-panas dan taburkan bawang putih goreng yang disediakan awal tadi.
BESH!BESH! mesti cuba dan mesti mau punyer...cuba lah untuk mengisi perut anda.lalalala...resepi ini dari sumber resepi4u gak.hehehehe.saya cume nak berkongsi respi untuk sesiapa yang nak belajar memasak yang simple2...
No comments:
Post a Comment